2012

Posted: February 12, 2012 by smktbi in Uncategorized

2.0.1.2

8 Oktober 2011
Horizon Hill Golf & Country Resort

Aturcara Majlis

Ucapa En. Shahnawan (Wakil KEBIRUS 2011)
Ucapan Pn. Chandra a/p Ratnasingam (Wakil Pengetua)

Aktiviti 1
– Tayangan Video

Aktiviti 2
– Pertandingan Bayi Comel

Jamuan Makan

Aktiviti 3
– Happy Hour Games

Penyampaian Hadiah

Bersurai
______________________________________

Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan..

Majlis Jamuan Hari Raya 2011

Posted: September 29, 2011 by smktbi in Uncategorized

Majlis Jamuan Hari Raya 2011 telah diadakan di Bilik Agama SMKTBI. Para guru dan pelajar telah dijemput hadir memeriahkan majlis yang berlangsung dari jam 11.30 pagi hingga jam 2 petang ini. Antara hidangan yang disediakan adalah seperti soto, rojak, kek, kuih-muih dan murtabak.

>> Gambar Majlis Jamuan Hari Raya 2011

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan Siri-2 (2011)

Posted: September 24, 2011 by smktbi in Uncategorized

Pada hari ini telah selamat berlangsung Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan siri-2. Pengisian LDP pada hari ini telah diisi dengan 4 slot iaitu:

1- Pengacaraan Majlis (Pn. Wong Shuh Pin)

2- Kesedaran Pencegahan Kebakaran (En. Rueben)

3- Pengisian Pentadbir (Pn. Chandra a/p Ratnasingam)

4- Strategi Pengajaran Kreatif & Inovatif (Pn. Raihah bt. Rosli)

.

Posted: August 23, 2011 by smktbi in Uncategorized

..

Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2011

Posted: August 8, 2011 by smktbi in Uncategorized

Bertempat di Anjung Lestari, semalam (8 Ogos 2011) telah berlangsung Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2o11. Perasmian untuk sesi petang telah disempurnakan oleh PK Petang, Puan Rusaini bt. Ahmad. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru supaya para pelajar melakukan perubahan dalam diri untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan bertepatan dengan tema hari kemerdekaan pada tahun ini iaitu “Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”.

>> Gambar Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan 2011

Terima Kasih En. Hamzah..

Posted: August 3, 2011 by smktbi in Uncategorized

Bertempat di Dewan Seri Indah semalam, telah berlangsung majlis untuk meraikan perpisahan Mantan Penolong Kanan Petang SMKTBI iaitu En. Hamzah bin Uzir yang telah bertukar ke Maktab Sultan Abu Bakar. Majlis berlangsung serba ringkas dalam mengharungi bulan Ramadhan ini. Dalam ucap perpisahannya, En. Hamzah menyatakan harapan untuk melihat akademik dan didiplin pelajar di sekolah ini akan terus meningkat dalam usaha menjulang sekolah ke kedudukan yang lebih tinggi lagi.

Sebelum itu, pengetua, Puan Zubaidah telah menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala usaha yang telah dilakukan oleh En. Hamzah dalam membentuk disiplin pelajar dan menjaga pentadbiran terutamanya untuk sesi petang. Majlis ini juga telah memperkenalkan Penolong Kanan Petang yang baru iaitu Puan Rusaini Binti Ahmad.

Pihak sekolah mengucapkan selamat berjaya kepada En. Hamzah bin Uzir dalam menjalankan tugasnya di tempat baru. Terima kasih atas segala bakti yang telah ditaburkan dalam mendidik dan membimbing putera puteri SMK Taman Bukit Indah. Segala kenangan yang ditinggalkan akan dipahat kukuh dalam memori sekolah ini..

>> Gambar Majlis Perpisahan En. Hamzah Bin Uzir

Jadual Waktu Sepanjang Bulan Ramadhan 2011

Posted: August 2, 2011 by smktbi in Uncategorized

Latihan Kebakaran Sesi 2, 2011

Posted: August 2, 2011 by smktbi in Uncategorized

Pada 22 Julai 2011 telah diadakan latihan kebakaran siri 2 yang dikelolakan oleh Unit 3K. Latihan ini membabitkan semua pelajar, guru dan staf sekolah. Latihan kebakaran siri 2 ini telah diadakan pada sesi pagi dan sesi petang. Aktiviti yang dilangsungkan ini telah berjalan dengan lancar. Taklimat ringkas juga telah diberi kepada pelajar tentang kepentingan latihan ini supaya mereka sentiasa bersedia andai berlaku kecemasan pada bila-bila masa dan di mana jua.

>> Gambar Kejohanan Balapan & Padang 2011

Hari Terbuka 2011

Posted: July 8, 2011 by smktbi in Uncategorized

Tahniah kepada ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa untuk hadir ke Program Terbuka 2011 SMK Taman Bukit Indah. Kehadiran anda amat bermakna bukan sahaja buat kami warga pendidik malah  buat anak-anak anda juga. Semoga perbincangan yang telah dijalankan antara guru dan ibu bapa akan dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam akademik dan sahsiah. Sesungguhnya guru yang terbaik adalah ibu bapa itu sendiri.