Majlis Perpisahan Pn. Rusaini bt. Ahmad

Posted: October 23, 2012 by smktbi in Uncategorized

5 Oktober 2012 – Terimas kasih Cikgu Rusaini ! Itulah ungkapan terakhir yang diungkapkan oleh pelajar-pelajar SMK Taman Bukit Indah kepada Pn. Rusaini Ahmad yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Penolong Kanan Petang di sekolah ini. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Sultan Ismail. Ribuan terima kasih atas pengorbanan dan jasa beliau selama mencurahkan bakti dan ilmu di sekolah ini. Semoga beliau berjaya di sekolah baru nanti. Tempat beliau akan dipangku oleh Pn. Saliza bt. Ahmad.

>>  Gambar Majlis Perpisahan Pn. Rusaini

 

Hari Keluarga SMKTBI @Tg. Leman

Posted: October 23, 2012 by smktbi in Uncategorized

23 September 2012- Bertempat di Tg. Leman, Mersing telah diadakan sambutan Hari Keluarga SMKTBI 2012. Beberapa program menarik telah diadakan seperti bola sepak pantai, pertandingan membina istana pasir dan teka lukisan. Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara guru-guru SMK Taman Bukit Indah.

>>  Gambar Hari Keluarga SMKTBI 2012

MICEP

Posted: October 23, 2012 by smktbi in Uncategorized

Pada 27-29 Ogos & 3-5 September 2012 telah diadakan program MICEP anjuran IMREC dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor. 20 pelajar telah terpilih untuk menyertai program ini. Namun, hanya 18 pelajar yang berjaya mengharungi program ini sehingga tamat. Antara matlamat program ini dilaksanakan adalah untuk menjana perkembangan idea dan meningkatkan daya fokus.

>>  Gambar Program MICEP

 

SPSK

Posted: August 7, 2012 by ICT SMKTBI in Uncategorized

Sistem Pengurusan Sekolah Qualiti (SPSK) telah dilaksanakan di SMK Taman Bukit Indah sejak Tahun 2011. Pada tahun ini, semakan fail-fail telah dijalankan pada 6/8/2012 Isnin. Empat verifikator telah memantau sistem pengurusan SPSK di sekolah. Dengan Sukacita dimaklumkan bahawa markah SPSK tahun ini ialah 96.9%, iaitu satu peningkatan yang membanggakan sekiranya berbanding dengan tahun lepas. Tahniah kepada SMK Taman Bukit Indah, dan ribuan terima kasih atas kerjasama semua guru dan staf yang menyumbang tenaga dalam melengkapkan fail-fail SPSK.

Jadual Waktu Bulan Ramadhan 2012

Posted: July 25, 2012 by smktbi in Uncategorized

Sesi Pagi

Senamrobik 1Murid 1Sukan

Posted: July 20, 2012 by smktbi in Uncategorized

10 Julai 2012 – Tercatatlah sejarah dengan penganjuran mega Senamrobik 1Murid 1Sukan di seluruh Malaysia. Aktiviti ini telah berjaya dicatatkan dalam Malaysia Book of Record yang mana ianya dijalankan serentak di sekolah-sekolah seluruh negara dan turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

>>  Gambar Senamrobik 1Murid 1Sukan

7 Julai 2012 – Hari Terbuka & Akur Janji Pelajar Near Miss PMR & SPM 2012 telah dilaksanakan dengan jayanya. Kehadiran ibubapa dan penjaga amat dihargai dalam merealisasikan matlamat untuk menghasilkan pelajar yang cemerlng.

>>  Gambar Hari Terbuka & Akur Janji Pelajar Near Miss PMR & SPM

Kejohanan Balapan & Padang 2012

Posted: July 20, 2012 by smktbi in Uncategorized

28 Jun 2012 – Tahniah Rumah Merah! Selesai sudah Kejohanan Balapan dan Padang 2012. Tahniah buat para pemenang.

 

>>  Lagi Gambar Kejohanan Balapan & Padang 2012

Futsal Piala Pengetua 2012

Posted: July 20, 2012 by smktbi in Uncategorized

17 Jun 2012 – Bertempat di Danga Futsal Centre telah berjaya dilangsungkan Kejohanan Futsal Piala Pengetua 2012. Pasukan pimpinan Karlvin telah berjaya menjuarai pertandingan edisi kali ini. Tahniah !

>> Gambar Futsal Piala Pengetua 2012

Sambutan Hari Guru SMKTBI 2012

Posted: July 20, 2012 by smktbi in Uncategorized

16 Mei 2012 – Selamat Hari Guru !! Sambutan peringkat sekolah telah berlangsung dengan meriahnya dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang melibatkan guru dan pelajar. Semoga para guru mendapat semangat baru dalam melaksanakan tugas harian.

>>  Gambar Sambutan Hari Guru SMKTBI 2012