Sukantara 2012

Posted: July 20, 2012 by smktbi in Uncategorized

3 Mei 2012 – Sukantara 2012 telah berlangsung dengan meriahnya membabitkan 6 buah rumah sukan. Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti 100 meter dan lontar peluru.

>>  Gambar Sukantara 2012

28 April 2012 – Majlis Hari Mesra Komuniti & Anugerah Cemerlang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pelajar dan Guru yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing telah diiktiraf dalam majlis yang gilang-gemilang ini.

>>  Gambar Hari Mesra Komuniti & Hari Anugerah Cemerlang

Kem Peningkatan Sahsiah 2012

Posted: July 20, 2012 by smktbi in Uncategorized

23 April 2012 – Bermula 20 hingga 22 April lalu telah berlangsung Kem Peningkatan Sahsiah 2012 yang dijalankan di Ken Kaizen, Pekan Nanas. Kem ini bertujuan mendidik sahsiah pelajar untuk menjadi pelajar yang berdisiplin dan berkepimpinan.

>>  Gambar Kem Peningkatan Sahsiah 2012

Minggu Teknik & Vokasional 2012

Posted: July 20, 2012 by smktbi in Uncategorized

2 April 2012 – Minggu Teknik & Vokasional telah bermula pada minggu ini.Pelbagai aktiviti telah diatur dan bakal dilaksanakan sepanjang minggu ini seperti teka silang kata, kuiz spontan dan pertandingan mencipta produk dari bahan terbuang.

>>  Gambar Minggu Teknik & Vokasional 2012

Penyerahan Slip Keputusan SPM 2011

Posted: July 20, 2012 by smktbi in Uncategorized

21 Mac 2012 – Pagi tadi telah berjalan upacara penyerahan slip keputusan bagi Sijil Peperiksaan Malaysia 2011. Pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang telah diraikan bersama ibubapa mereka dalam satu majlis di Dewan Seri Indah. Tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah.

>>  Gambar Penyerahan Slip Keputusan SPM 2011

1 Mac 2012 – Aktiviti Ikatan Tali yang diketuai oleh Unit Pengakap telah dilaksanakan sebagai aktiviti kokurikulum pada minggu lepas. Setiap unit uniform telah diajar teknik ikatan tali oleh ahli pasukan pengakap yang dilatih.

>>  Gambar Aktiviti Kokurikulum – Aktiviti Ikatan Tali oleh Pengakap

Mesyuarat Kewangan

Posted: July 20, 2012 by smktbi in Uncategorized

22 Februari 2012 –  Satu mesyuarat kewangan telah dijalankan bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat ini telah di  hadiri oleh Jawatankuasa Kewangan sekolah.

>>  Gambar Mesyuarat Kewangan

Pelancaran Minggu Bahasa & NILAM 2012

Posted: July 20, 2012 by smktbi in Uncategorized

20 Februari 2012 – Majlis Pelancaran Minggu Bahasa & Program NILAM telah disempurnakan oleh Pn. Rusaini Bt. Ahmad (Penolong Kanan Petang) bertempat di Dewan Seri Indah.

>> Gambar Pelancaran Minggu Bahasa & NILAM 2012

Majlis penyerahan watikah perlantikan pemimpin pelajar akan diadakan pada 13 Februari 2012 (Isnin).

Pada majlis ini nanti, para pemimpin pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas ICT, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas akan diserahkan watikah perlantikamengikut jawatan masing-masing.

Semoga, pemimpin pelajar yang dilantik dapat menggalas tanggung jawab yang diberikan dengan penuh amanah.

 

>> Gambar Raptai Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar

Latihan Kebakaran Siri-1

Posted: February 12, 2012 by smktbi in Uncategorized

Pada 9 Februari 2012 telah dijalankan aktiviti Latihan Kebakaran Siri-1. Aktiviti ini telah dilaksanakan oleh Unit 3K SMK Taman Bukit Indah. Latihan ini dijalankan dengan objektif utamanya untuk mendedahkan pelajar cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran  atau kecemasan.

>> Gambar Latihan Kebakaran Siri-1